Sudah lama tidak menulis dalam blog ni kerana kesibukan masa. Dalam tempoh sebulan ini bermacam cerita berlaku di negara yang tercinta ini. Bermula dengan “Sambutan Tahun Baru” dimeriahkan dengan “Sambutan Toll Baru”, kemudian diikuti pula dengan cerita bah yang melanda selatan tanah air yang jarang atau tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan rakyat kerugian ratusan juta ringgit (mengikut kajian sains berpunca dari kenaikan kadar air laut yang mendadak tetapi mengikut kajian agama mungkinkah ini satu bala? Yang diturunkan atas kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri) dan diikuti dengan Pilihanraya DUN Batu Talam dimana pihak pembangkang buat pertama kalinya dalam sejarah diera baru ini telah memboikot pilihanraya tersebut akibat ketidaktelusan SPR dalam menguruskan pilihanraya. Dan kini kita dikejutkan dengan tindakan NST menyaman 2 orang blogger atas tuduhan memfitnah.
Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang tindakan saman NST itu kerana ianya banyak telah diperkatakan dalam blog-blog yang lain dan syabas diucapkan kepada beberapa orang blogger yang telah bersatu hati menubuhkan tabung dana bagi membela nasib kedua orang blogger yang disaman itu. Tindakan saman keatas pemblog ini lebih dilihat sebagai cubaan untuk membunuh atau menutup ruang-ruang kebebasan bersuara didalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi “kononnya”.
Tindakan parti pembangkang (PAS dan Keadilan) memboikot pilihanraya DUN Batu Talam dilihat sebagai satu tindakan yang drastik bagi memastikan satu situasi yang bersih dijalankan dalam sesuatu pilihanraya. Ini kerana mengikut dakwan mereka terdapat banyak kelemahan yang dibuat oleh pihak SPR (yang lebih memenangkan pihak parti BN) dalam menjalankan pilihanraya. Dengan wujudnya pengundi hantu, system undi Pos yang tidak telus kerana tiada wakil parti yang bertanding untuk memerhatikan proses pengundian itu dijalankan. Saya sendiri pernah melihat dakwaan pengundi hantu ini memang wujud. Sewaktu pilihanraya tahun 1999, saya telah menyemak nombor KP emak saya didalam senarai pemilih yang dikeluarkan oleh SPR sehari sebelum pembuangan undi ditempat saya. Namun no KP itu tertera nama orang lain bukan nama emak saya, sedangkan emak saya telah mengundi beberapa kali sebelum itu. Kini emak saya telah meninggal dunia dan saya akan cuba menyemak no KP beliau sekali lagi dan saya pasti nama beliau tidak dipadamkan dari senarai pemilih untuk pilihanraya yang akan datang. Begitulah pincangnya demokrasi di Malaysia ini. Maka tidak hairanlah kalau tahun 2006 satu badan NGO dunia telah meletakkan negara kita dalam ranking yang terbawah dalam mengamalkan demokrasi. Sesungguhnya system demokrasi sudah semakin terhakis dek kerana pemerintah cuba mengekalkan kuasa mereka. Demokrasi Malaysia semakin nazak cuma tunggu masa sahaja untuk diTALQINkan.
Demokrasi!, Boleh ke Tak Boleh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam demokrasi! Saya terlepas berita tentang nst menyaman blogger tu. Kat mana saya nak baca ttg hal ni?
Dah lama tak baca berita pasal m'sia, alih alih dpt info cam ni, seronok gak.
Terima kasih Junita atas keperihatinan andatentang masalah negara walaupun anda tidak berada di M'sia. kalau anda nak tahu pasal Blogger kena saman ni boleh baca blog http://www.rockybru.blogspot.com/
Post a Comment